Trump beri Iran 48 jam untuk buka semula Selat Hormuz
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengeluarkan amaran tegas kepada Iran agar segera membuka Selat Hormuz dalam tempoh 48 jam atau berdepan tindakan ketenteraan yang digambarkan sebagai ‘kiamat’.
Menerusi hantaran di platform Truth Social miliknya, Trump menegaskan tempoh masa untuk mencapai persetujuan baharu semakin hampir tamat, sekali gus memberi tekanan kepada Tehran dalam isu laluan perdagangan strategik itu.
“Masanya semakin suntuk, 48 jam sebelum ‘neraka akan melanda mereka’,” katanya.
Sebelum ini, Trump dilaporkan memberi tempoh 10 hari kepada Iran untuk menyelesaikan isu berkenaan, termasuk rundingan berkaitan nuklear, susulan isyarat muhibah Tehran yang menghantar beberapa kapal tangki minyak.
Namun, amaran terbaharu itu mencerminkan rundingan antara kedua-dua pihak mungkin menemui jalan buntu, sekali gus meningkatkan ketegangan di rantau Asia Barat.
Selat Strait of Hormuz merupakan laluan penting bagi perdagangan minyak global, dengan kira-kira satu perlima bekalan petroleum dunia melalui kawasan tersebut setiap hari. Sebarang gangguan di laluan itu berpotensi mencetuskan lonjakan mendadak harga minyak dunia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








