BERITA SEMASA

Organisasi media dinasihat patuhi garis panduan etika pelaporan

CYBERJAYA – Semua organisasi media dinasihatkan supaya mematuhi sepenuhnya garis panduan etika pelaporan termasuk yang berkaitan kemalangan, tragedi, bencana atau insiden melibatkan kehilangan nyawa.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berkata, semua editor media diingatkan supaya sentiasa mengamalkan pertimbangan editorial serta mematuhi standard etika yang sewajarnya dalam mengendalikan kandungan sensitif.

“Sebarang penyebaran imej dan video yang bersifat eksplisit, mengganggu emosi atau memaparkan mangsa yang telah meninggal dunia adalah tidak sensitif, tidak beretika serta tidak menghormati maruah mangsa dan perasaan ahli keluarga.

“Kandungan tidak wajar dikongsi atau dieksploitasi semata-mata
untuk menarik perhatian, meningkatkan penglibatan atau meraih capaian dalam talian,” kata MCMC dalam satu kenyatan, hari ini.

Kenyataan itu turut menyebut, usaha mendapatkan tontonan tidak boleh mengatasi nilai kemanusiaan dan tanggungjawab sosial.

“Kegagalan mematuhi standard ini boleh dikenakan tindakan pengawalseliaan, termasuk penggantungan akaun media sosial berkaitan.

“Semua pihak diharap terus bertindak secara profesional, berhemah dan menghormati sensitiviti masyarakat pada setiap masa,” kata MCMC lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button