BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki rakam gambar bawah pakaian wanita diburu polis

KUALA LUMPUR – Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merakam gambar dari bawah pakaian beberapa pelanggan wanita di sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.16 tengah hari, kelmarin.

Menurutnya, kes tersebut terbongkar selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pasar raya itu tular di media sosial.

“Video berkenaan memaparkan seorang lelaki memakai pelitup muka memegang telefon bimbit dan disyaki merakam atau mengambil gambar di bawah skirt pelanggan wanita di sebuah premis membeli-belah di Subang Jaya.

“Hasil siasatan awal mendapati video itu dimuat naik di Facebook menggunakan nama Yixin Siew dan di Instagram melalui akaun yixin_0111,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rakaman tersebut menunjukkan suspek berkelakuan mencurigakan apabila dilihat berulang kali bangun dan duduk sambil memegang telefon bimbit.

Wan Azlan berkata, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan suspek serta mengenal pasti mangsa yang terlibat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button