PM tiba di Jakarta, bincang perkembangan geopolitik Asia Barat bersama Prabowo
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Jakarta petang ini bagi mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.
Anwar dalam satu hantaran di Facebook berkata, pertemuan tersebut juga memberi fokus untuk mengukuhkan kerjasama dua hala di antara Malaysia dan Indonesia
“Insya-Allah, pertemuan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk membincangkan perkembangan konflik Asia Barat yang kian meruncing serta implikasinya terhadap kestabilan serantau dan ekonomi global termasuk kesannya kepada Malaysia dan Indonesia,” katanya.
Terdahulu, Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, pertemuan itu juga akan menegaskan kepentingan memperkukuh peranan ASEAN sebagai satu blok yang bersatu dan berprinsip, selain keupayaan bertindak secara kolektif dalam memelihara keamanan dan kestabilan serantau.
Untuk rekod, lawatan kerja terakhir Anwar ke Indonesia berlangsung Julai tahun lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








