BERITA SEMASAPMX

Kerajaan pertimbang laksana jadual kerja anjal, BDR bagi penjawat awam

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang mempertimbangkan peraturan jadual kerja yang lebih anjal seperti pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR) secara berperingkat bagi penjawat awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan sedemikian adalah bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan awam di samping menyesuaikan kaedah kerja dengan keperluan semasa.

Perdana Menteri turut menyarankan sektor swasta supaya melaksanakan kaedah sama seperti yang telah diamalkan oleh beberapa syarikat dan institusi perbankan.

“Penjawat awam akan boleh secara berperingkat dan terpilih bekerja dari rumah

“Saya percaya, insya Allah, selain daripada sektor awam kita juga menggesa sektor swasta untuk melaksanakan seperti mana yang dilaksanakan oleh beberapa syarikat dan bank selama,” katanya ketika menyampaikan Perutusan Khas berhubung langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menegaskan, usaha mengekalkan disiplin serta mengelakkan pembaziran dan ketirisan akan terus diperkukuh.

Langkah sedemikian, katanya adalah mustahak bagi memastikan momentum pertumbuhan ekonomi negara kekal stabil walaupun berdepan cabaran global.

“Bagi pihak kerajaan, Insya-Allah kita akan terus menjaga disiplin, mengelak keborosan, ketirisan dan menjaga supaya momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia ini agak luar biasa, serta terkecuali kerana setelah melihat kemerosotan yang berlaku di dunia.

“Kita lihat Malaysia masih mendapat tarikan, menjadi pusat tarikan pelaburan yang sangat aktif seperti mana yang kita umumkan beberapa langkah setelah kemelut dan peperangan ini, masih ramai yang datang.

“Jadi kita doakan, biar kekal negara ini aman biar rakyat sama ada sektor awam dan swasta bekerja secara gigih dan bersungguh-sungguh dan biar kita tingkatkan keupayaan ekonomi kita dalam tiap ujian, cabaran dari Allah SWT dan keadaan yang berlaku di dunia masih ada kesempatan untuk memperbaiki dan meningkatkan keupayaan kita,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button