BERITA SEMASAPMXSUKAN

PM ucap selamat berjuang kepada kontinjen Malaysia di Sukan SEA Thailand

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan semangat kepada kontinjen Malaysia yang menyertai Sukan SEA ke-34 di Thailand yang bermula secara rasmi hari ini.

Dalam kenyataan di media sosial, Perdana Menteri mengingatkan atlet untuk beraksi dengan fokus, tenang dan penuh keyakinan sambil menekankan sokongan doa seluruh rakyat Malaysia sentiasa mengiringi setiap langkah mereka.

“Selamat berjuang kepada kontinjen negara di temasya Sukan SEA Thailand.

“Beraksilah dengan fokus, tenang dan penuh keyakinan. Doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi setiap langkah kalian,” kata Anwar.

Sementara itu, ruangan komen turut dipenuhi sokongan positif rakyat Malaysia buat atlet negara.

“Malaysia boleh,” komen Sandra Ellan.

“Tahniah team Media Sosial PMX. Bendera Malaysia betul dan tepat. Ayuh team Malaysia,” tulis Ng Zi Yao.

“Selamat maju jaya atlet-atlet Malaysia. Good luck,” kata Nduk Runt pula.

Sukan SEA merupakan temasya sukan dwi-tahunan utama Asia Tenggara yang mempertemukan atlet daripada 11 negara serantau yang akan berlangsung sehingga 20 Disember ini.

Kontinjen Malaysia terdiri daripada 1,688 anggota termasuk 1,166 atlet yang akan memulakan misi memburu 200 pingat dalam 50 jenis sukan membabitkan 459 acara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button