BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Kelucahan melampau di tanah perkuburan, pasangan dipenjara setahun

GEORGE TOWN – Perbuatan tidak senonoh sepasang individu di sebuah tanah perkuburan di sini minggu lalu membawa padah apabila kedua-duanya dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Seorang pengawal keselamatan dan penganggur, masing-masing berusia 58 dan 37 tahun, membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama telah melakukan perbuatan kelucahan melampau di kawasan tanah perkuburan Cina yang merupakan satu tempat awam.

Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di kawasan Tanah Perkuburan Cina, Batu Gantung, Ayer Itam pada pukul 8.30 pagi, 22 Mac lalu.

Sehubungan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga dua tahun.

Terdahulu, tular video berdurasi 38 saat memaparkan seorang lelaki dilihat dalam keadaan tidak berpakaian sambil membelakangi kamera manakala seorang wanita hanya berpakaian separa dan duduk di atas batu nisan.

Rakaman itu turut memaparkan suara seorang wanita yang menegur pasangan terbabit dengan mendakwa kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku di lokasi berkenaan.

Dalam klip sama, lelaki berkenaan dilihat bersahaja mengenakan semula seluarnya, manakala individu yang merakam terus menegaskan kawasan perkuburan perlu dihormati sebagai tempat memperingati si mati.

Lelaki itu kemudian memohon maaf atas perbuatannya, namun permohonan tersebut tidak diterima apabila wanita berkenaan memberi amaran akan membuat laporan kepada pihak polis.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button