BERITA SEMASALUAR NEGARA

Australia haramkan kemasukan pengembara Iran selama enam bulan

SYDNEY – Australia mengambil langkah mengharamkan kemasukan pengembara dari Iran selama enam bulan susulan konflik di Asia Barat, dengan alasan peningkatan risiko pemegang visa sementara enggan pulang selepas tempoh visa tamat.

Menurut Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri, bermula hari ini, individu yang memegang pasport Iran tidak dibenarkan melancong atau bekerja di negara tersebut.

Bagaimanapun, jabatan berkenaan memaklumkan beberapa pengecualian boleh dipertimbangkan mengikut kes tertentu termasuk melibatkan ibu bapa kepada warganegara Australia.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tony Burke berkata, banyak visa pelawat yang dikeluarkan sebelum konflik di Iran berkemungkinan tidak akan diluluskan sekiranya permohonan dibuat pada masa ini.

“Keputusan mengenai tinggal secara tetap di Australia sepatutnya dibuat secara bijak oleh kerajaan, bukan akibat tindakan rawak berdasarkan siapa yang menempah percutian,” katanya dalam kenyataan.

Menurut angka kerajaan, lebih 85,000 penduduk Australia dilahirkan di Iran dengan komuniti warga Iran di luar negara yang aktif di bandar utama seperti Sydney dan Melbourne.

Ketegangan antara Australia dan Iran tercetus bulan ini apabila negara itu memberi suaka kepada tujuh pemain serta pegawai pasukan bola sepak wanita Iran yang melawat negara berkenaan.

Pemain terbabit digelar ‘pengkhianat’ di negara asal selepas enggan menyanyikan lagu kebangsaan sebelum perlawanan Piala Asia, satu tindakan yang dilihat sebagai tentangan terhadap republik Islam itu.

Lima daripada tujuh individu tersebut kemudian menarik balik permohonan suaka mereka, sekali gus menimbulkan syak wasangka bahawa keluarga mereka mungkin diancam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button