15 kawasan di Semenanjung pada status cuaca panas tahap satu dan dua
KUALA LUMPUR – Status cuaca panas di Padang Terap, Kedah berada pada tahap dua (gelombang haba) dengan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada tahap satu (berjaga-jaga).
Kawasan tersebut termasuk di seluruh Perlis serta kawasan Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Bandar Baharu di Kedah.
“Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Timur Laut (Pulau Pinang), Hulu Perak dan Kuala Kangsar (Perak), Jerantut (Pahang) dan Rembau (Negeri Sembilan),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, tahap gelombang haba ialah suhu maksimum harian yang berada antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut dan bagi tahap berjaga-jaga pula, suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








