China akan hantar bantuan kemanusiaan ke Asia Barat
BEIJING – China akan menghantar bantuan kemanusiaan ke negara Asia Barat yang menjadi sasaran serangan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya rejim Israel ketika konflik bersenjata di rantau berkenaan kini memasuki minggu ketiga.
Beijing dalam masa sama turut menggesa Washington dan Tel Aviv berhenti menyerang Iran dan Lubnan, selain turut mengkritik Tehran kerana membedil negara-negara Teluk yang menempatkan pangkalan tentera AS, lapor AFP.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata, perang itu menyebabkan malapetaka kemanusiaan serius di Iran dan negara Asia Barat lain.
“China memutuskan untuk memberikan bantuan kemanusiaan kecemasan kepada Iran, Jordan, Lubnan dan Iraq.
“Diharapkan bantuan ini akan membantu meringankan penderitaan yang dihadapi penduduk tempatan,” kata Lin dalam satu sidang media tanpa memberikan butiran lanjut.
China berusaha untuk menjadi pengantara dalam perang tersebut, dengan utusan khasnya ke Asia Barat, Zhai Jun, menggesa konflik tersebut ditamatkan.
Diplomat tertinggi Beijing, Wang Yi berkata, perang itu sepatutnya tidak berlaku dan menyeru supaya pertempuran dihentikan
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








