Syarikat rugi lebih RM700,000 diperdaya e-mel palsu
TANGKAK – Sebuah syarikat mengalami kerugian lebih RM700,000 selepas terpedaya dengan e-mel palsu berkaitan urusan penjualan besi.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, kejadian itu disedari selepas seorang pekerja wanita syarikat berkenaan berusia 60 tahun membuat laporan polis semalam.
Menurut beliau, mangsa yang merupakan pegawai perakaunan mendakwa ditipu dalam urusan tempahan bekalan besi selepas menerima e-mel mencurigakan.
“Dalam kes ini, pekerja wanita terbabit berhubung dengan suspek melalui e-mel berkaitan urusan tempahan bekalan itu.
“Tanpa menyedari e-mel terbabit adalah palsu, pekerja itu kemudian melakukan dua transaksi ke dalam akaun yang disyaki sebagai ‘mule akaun’.
“Mangsa hanya menyedari ditipu selepas membuat semakan terperinci ke atas e-mel syarikat pembekal dan mendapati ia telah dipalsukan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menyemak kesahihan e-mel yang diterima sebelum melakukan sebarang urusan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan sindiket.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








