JENAYAH & MAHKAMAH

Zamri Vinoth didakwa di mahkamah hari ini

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Zamri Vinoth akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Zamri yang tiba di perkarangan mahkamah pada 9.15 pagi di bawah kawalan keselamatan ketat memakai baju dan seluar berwarna biru dengan diiringi beberapa pegawai polis ke Mahkamah Majistret Jenayah 9 di tingkat dua.

Semalam media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menuduh empat individu yang didakwa terbabit dalam kejadian mencetuskan provokasi dan memainkan sentimen perkauman serta agama sejak kebelakangan ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilapor berkata, pihaknya sudah menerima arahan pertuduhan daripada Pejabat Peguam Negara membabitkan Zamri Vinoth, Tamim Dahri, Mahendra Boopathy dan Arumugam Dorasamy atau lebih dikenali Arun Dorasamy.

Siasatan terhadap Zamri Vinoth mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berhubung kenyataan penganjuran perhimpunan di perkarangan sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur pada 7 Februari.

Menurutnya, Tamim Dahri yang juga seorang aktivis akan dituduh mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana didakwa merosakkan objek soolam yang merupakan simbol suci bagi penganut Hindu di tapak lama Kuil Sri Maha Muniswarar di Langkawi, Kedah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button