BERITA SEMASA

Banjir di Sabah: 75 mangsa masih ditempatkan di dua PPS

KOTA KINABALU – Seramai 75 mangsa banjir daripada 23 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Paitan setakat pukul 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan, sebanyak 30 kampung di daerah berkenaan masih terjejas akibat banjir yang melanda sejak beberapa hari lalu.

Menurut kenyataan JPBN Sabah, dua PPS yang masih beroperasi bagi menempatkan mangsa ialah Pusat Komuniti Batagon Darat dan Surau Nur Hikmah Kampung Kaindangan yang dibuka sejak Selasa lalu.

Tambah kenyataan itu, pihak berkuasa akan terus memantau perkembangan semasa di kawasan terjejas selain menyalurkan bantuan kepada penduduk terlibat bagi memastikan kebajikan serta keselamatan mangsa banjir sentiasa terpelihara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button