BERITA SEMASALUAR NEGARA

Presiden Iran letak 3 syarat akhiri perang dengan Israel, AS

TEHRAN – Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, menegaskan bahawa pengiktirafan terhadap hak sah negaranya, pembayaran pampasan serta jaminan antarabangsa yang kukuh bagi menghalang serangan pada masa hadapan merupakan syarat utama untuk menamatkan konflik dengan Amerika Syarikat dan Israel.

Menurut Pezeshkian, pendirian tersebut disampaikan ketika perbualan telefon dengan pemimpin Rusia dan Pakistan, sebagai sebahagian daripada usaha diplomatik Tehran bagi mendapatkan sokongan antarabangsa.

Beliau turut menegaskan bahawa Iran kekal komited terhadap usaha mengekalkan keamanan di rantau berkenaan, namun pada masa sama menuntut pertanggungjawaban terhadap apa yang disifatkan Tehran sebagai serangan tanpa provokasi.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di platform media sosial X, Pezeshkian berkata:

“Satu-satunya cara untuk menamatkan perang ini yang dicetuskan oleh rejim Zionis dan AS ialah mengiktiraf hak sah Iran, membayar ganti rugi, dan memberikan jaminan antarabangsa kukuh terhadap serangan masa depan.”

Perbualan dengan pemimpin Rusia dan Pakistan itu dilihat sebagai sebahagian daripada pendekatan diplomatik Iran untuk memperkukuh sokongan global terhadap pendiriannya ketika konflik dengan pasukan AS dan Israel kini memasuki minggu kedua tanpa sebarang tanda ketegangan akan reda.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button