JENAYAH & MAHKAMAH

[VIDEO] Polis rampas 3.4 tan meth bernilai RM170 juta

KUALA LUMPUR – Polis merampas lebih 3.4 tan methamphetamine dianggarkan bernilai RM170 juta susulan serbuan di beberapa lokasi di ibu negara, awal bulan ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, rampasan terbesar setakat tahun ini itu dilaksanakan 2 Mac lalu hasil risikan jabatannya.

@malaysiatribune

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Beliau memberitahu, pihaknya turut menahan dua lelaki tempatan berusia 38 dan 44 tahun dalam siri serbuan yang dilaksanakan.

“Suspek ditahan ketika sedang memindahkan dadah yang disimpan dalam guni dari sebuah rumah teres ke sebuah lori di sebuah rumah di Taman Gembira,” katanya dalam satu sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini hari ini,

Beliau menambah, pemeriksaan lanjut menemukan 128 guni yang mengandungi 3,205 bungkusan dadah dengan berat kira-kira 3.3 tan.

“Susulan penahanan suspek, satu lagi operasi suslan dilaksanakan di sebuah rumah teres di Taman Overseas Union Garden berhampiran Jalan Klang Lama, di mana tiga lagi guni dan bungkusan dadah ditemukan, menjadikan jumlah keseluruhan bungkusan yang dirampas sebanyak 3,284,” tambahnya.

Mengenai suspek yang ditahan, Hussein memberitahu salah seorang daripadanya bertindak sebagai pengangkut manakala seorang lagi ahli sindiket, ditugaskan membawa dadah dari utara Semenanjung untuk diedarkan di bahagian selatan.

Kedua-dua suspek direman sehingga 16 Mac bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, sindiket itu dipercayai aktif sejak Disember lalu dan dipercayai menyeludup dadah dari kawasan Golden Triangle yang meliputi sempadan Myanmar, Laos dan Thailand.

“Dadah itu baharu tiba di Lembah Klang dan pihak sindiket dipercayai sedang bersedia untuk mengedarkannya di sini, di Malaysia Timur serta negara jiran seperti Indonesia dan Filipina,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button