LUAR NEGARA

Trump beri bayangan tumpu isu Cuba selepas konflik Iran

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi bayangan bahawa pentadbirannya akan menumpukan perhatian terhadap isu melibatkan Cuba selepas konflik dengan Iran diselesaikan.

Trump berkata, keutamaan Washington ketika ini adalah menamatkan konflik dengan Iran terlebih dahulu sebelum beralih kepada langkah seterusnya berkaitan negara pulau di Caribbean itu.

Menurutnya, tindakan terhadap Cuba hanya menunggu masa yang sesuai.

“Kami mahu menyelesaikan perkara ini terlebih dahulu, tetapi ia hanya soal masa sebelum kami kembali memberi perhatian kepada Cuba,” katanya ketika memuji Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio dalam satu majlis di Rumah Putih hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Cuba kini berdepan tekanan ekonomi termasuk krisis tenaga selepas bekalan minyak dari Venezuela yang menjadi pembekal utama kepada negara itu dilaporkan berkurangan sejak awal tahun ini.

Situasi tersebut menyebabkan gangguan bekalan bahan api dan memaksa beberapa sektor, termasuk penerbangan, mengurangkan operasi.

Pada masa sama, rakyat Cuba bimbang negara mereka mungkin menjadi sasaran campur tangan luar, khususnya selepas tindakan ketenteraan oleh Amerika Syarikat bersama Israel terhadap Iran baru-baru ini.

Perkembangan itu menimbulkan kebimbangan geopolitik baharu di rantau berkenaan ketika ketegangan antarabangsa masih berlarutan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button