BERITA SEMASA

Steven Sim beri amaran batalkan Ops Terjah di kuil Hindu

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim memberi amaran kepada penganjur demonstrasi Ops Terjah di kuil Hindu di hadapan Hospital Bukit Mertajam untuk membatalkan perhimpunan tersebut.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berkata, pihaknya juga telah menghubungi polis untuk membatalkan perhimpunan itu.

“Saya masuk politik membela hak semua rakyat Malaysia tak kira kaum dan agama. Orang Islam saya jaga, orang bukan Islam saya jaga. Saya tak akan biarkan mana-mana rakyat Malaysia diugut dan dibuli.

“Batalkan perhimpunan, hentikan provokasi, jangan buat huru hara.
Saya juga telah meminta PDRM untuk memastikan tiada perhimpunan provokasi oleh mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Steven Sim

Terdahulu tular satu hantaran yang mengajak orang ramai turun berhimpun
dalam Ops Terjah di kuil Hindu di hadapan Hospital Bukit Mertajam pada 7 Mac ini.

Dalam pada itu Steven berkata, sebagai sebuah negara dengan masyarakat yang majmuk mana-mana pihak tidak perlu menjadi wira sentimen agama dan kaum.

Katanya, provokasi berhimpun seperti itu tidak membantu untuk menyelesaikan masalah negara, malah mengapi-apikan kebencian yang boleh memusnahkan negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button