BERITA SEMASA

Trump dakwa Ali Khamenei terkorban

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa pemimpin Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei terkorban dalam serangan yang dilancarkan Israel dan Amerika Syarikat.

“Beliau tidak mampu mengelak daripada risikan kami dan sistem penjejakan berteknologi tinggi kami dan dengan kerjasama rapat bersama Israel tiada apa yang mampu dilakukan olehnya atau pemimpin lain yang turut terbunuh bersamanya,” dakwanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.

Trump
Presiden Amerika, Donald Trump mendakwa Ali Khamenei terkorban dalam satu serangan yang dilancarkan AS dan Israel.

Dalam pada itu Trump berkata, dengan terkorbannya Khamenei, ia membuka ruang kepada rakyat Iran untuk mengambil kembali negara mereka.

“Kami dimaklumkan bahawa ramai anggota IRGC, tentera serta pasukan keselamatan dan polis mereka tidak lagi mahu berperang dan sedang mencari kekebalan daripada kami.

“Diharapkan IRGC dan pihak polis akan bergabung secara aman dengan patriot Iran dan bekerjasama sebagai satu pasukan untuk mengembalikan negara itu kepada kegemilangan yang sepatutnya.

kediaman
Kediaman pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei mengalami kerosakan teruk akibat diserang, hari ini.

“Proses itu dijangka akan bermula tidak lama lagi,” katanya.

Sementara itu Trump berkata, serangan pengeboman berat dan tepat akan diteruskan tanpa gangguan sepanjang minggu ini atau selama mana yang diperlukan bagi mencapai objektif pihaknya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button