Agong gering, sakit libatkan otot dan tulang – Istana Negara
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sedang gering susulan kesakitan musculoskeletal (melibatkan otot dan tulang) di bahagian belakang serta pinggul yang dihadapi baginda.
Menurut kenyataan Istana Negara, Seri Paduka Baginda telah dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat dan tidak berangkat ke sebarang majlis bagi memberi ruang kepada proses rawatan dan pemulihan.
“Sehubungan itu, baginda tidak dapat berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Ketua Perwakilan Asing dan Pegawai Kanan Kerajaan di Istana Negara, kelmarin.
“Selain itu, majlis perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim semalam turut ditangguhkan ke suatu tarikh yang lain,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menambah, Seri Paduka Baginda bertitah akan kembali berangkat ke majlis-majlis rasmi sebaik sahaja kesihatan baginda beransur pulih.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








