Pemindahan patung di Kuil Sri Uchimalai berlangsung tanpa insiden – Polis Selangor
RAWANG – Polis Selangor mengesahkan bahawa kerja-kerja pemindahan patung berhala di Kuil Sri Uchimalai Muniswarman, di sini telah dijalankan dengan pemantauan rapi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, proses itu berlangsung antara pukul 9.30 malam 24 Februari hingga 4.12 pagi 25 Februari 2026.
“Seramai 10 penganut dan wakil pihak pengurusan kuil telah menjalankan kerja-kerja pemindahan kesemua empat patung berhala.
“Pemilik tanah juga telah memulakan kerja pembersihan tapak kuil pada awal pagi setelah semua urusan pemindahan selesai dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA JUGA:
Tambah beliau, sepanjang proses berlangsung, tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan dan keadaan sentiasa dipantau bagi memastikan keselamatan semua pihak.
“Polis mengingatkan semua pihak supaya terus menghormati saluran perundangan sedia ada dan tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.
“Sebarang pertikaian perlu diselesaikan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dan pemilik tanah yang sah,” katanya.
Tegasnya, pihak polis akan terus memantau sebarang penularan maklumat di media sosial dan memberi amaran keras terhadap penyebaran kandungan berunsur 3R (agama, bangsa, diraja) yang berpotensi mencetuskan kegusaran awam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







