Anwar bangkitkan isu Palestin, Myanmar dalam pertemuan dengan Setiausaha Agung PBB
CYBERJAYA – Peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sangat penting bagi menangani isu yang wujud di ASEAN dan memastikan keharmonian di rantau ini terus terpelihara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau membangkitkan kerjasama ASEAN-PBB dan isu-isu berkenaan Palestin dan Myanmar dalam pertemuan dua halanya dengan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres sewaktu sidang kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta, Indonesia, hari ini.
“Saya juga mengulangi komitmen Malaysia untuk bekerjasama rapat dengan PBB dan ASEAN terutamanya dalam usaha untuk mencari penyelesaian ke atas krisis di Myanmar, amnya,” kata Perdana Menteri dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.
Sementara itu, sewaktu menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Anwar mengulangi kekecewaan tehadap kurangnya kemajuan bermakna dalam pelaksanaan 5PC.
5PC merujuk kepada konsensus yang dijanjikan oleh junta Myanmar bagi mengembalikan keamanan dan ketenteraman ke negara itu.
“Malah saya turut menyuarakan kebimbangan bahawa krisis di Myanmar telah membuka peluang kepada sindiket-sindiket jenayah untuk mempergiatkan aktiviti mereka,” .
“Pada platform yang sama, saya turut menzahirkan penghargaan kepada bekas Utusan Khas Setiausaha Agung PBB ke Myanmar atas usaha-usaha yang telah dilaksanakan,” kata Anwar lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








