4 maut, treler hempap kereta di Bentong
KUANTAN – Empat orang termasuk seorang bayi berusia setahun maut selepas kereta yang dinaiki dihempap sebuah treler yang hilang kawalan ketika melalui selekoh berbukit sebelum terbabas di Kilometer 43.2 Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak (KLK), Bentong hari ini.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika treler terbabit dalam perjalanan menghantar muatan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan.
Menurutnya, semua mangsa tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk proses bedah siasat.
“Hasil semakan mendapati pemandu lori mempunyai 15 rekod saman,” katanya.
Yahaya berkata, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Siasatan lanjut akan dijalankan bagi melengkapkan siasatan dan mengenal pasti punca kemalangan secara menyeluruh,” katanya,
Terdahulu media melaporkan mangsa yang maut dipercayai pemandu dan penumpang kereta jenis Honda City, A Halim Hasoon, 55, Rozita Buang, 58, Norbahyah A Halim, 26 dan Nayla Afya Aizat,1.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








