BERITA SEMASA
25 mangsa diberi rawatan awal
SUBANG JAYA – Setakat ini, kira-kira 25 mangsa menerima rawatan awal susulan kejadian kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, di sini pagi tadi.
Susulan kejadian, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengaktifkan kawasan triage di sebuah kuil yang terletak berhampiran lokasi kejadian.
Difahamkan, para mangsa mengalami pelbagai kecederaan termasuk luka, kelecuran dan kesukaran bernafas, lapor BERNAMA.
Turut difahamkan, lima mangsa sudah dihantar ke Hospital Serdang bagi rawatan lanjut.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








