BERITA SEMASADALAM NEGERI

2,000 anggota polis kawal perhimpunan di ibu kota 26 Julai ini

KUALA LUMPUR – Lebih 2,000 anggota polis akan ditugaskan bagi mengawal keselamatan dan kelancaran perhimpunan yang dijadual berlangsung di Dataran Merdeka, pada 26 Julai ini.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pemakluman mengenai penganjuran himpunan tersebut telah diterima menerusi notis rasmi yang dikemukakan penganjur kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Katanya, peserta dijangka berkumpul di empat lokasi utama iaitu di pusat membeli belah Sogo, Masjid Jamek, Masjid Negara dan Pasar Seni sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

“Menurut unjuran awal daripada Cawangan Khas PDRM, jumlah kehadiran dijangka antara 10,000 hingga 15,000 orang,” katanya memetik laporan Kosmo!.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Usuf menegaskan bahawa pihak polis menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman, namun menasihatkan peserta agar tidak mencetuskan sebarang provokasi.

“Mereka bebas berucap tetapi jika berlaku sebarang pelanggaran undang-undang seperti unsur hasutan, provokasi atau menyentuh isu 3R (agama, kaum, institusi diraja), kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan,” ujarnya.

Tambah beliau, tiada sebarang penutupan jalan dirancang setakat ini, namun pemantauan rapi akan dibuat sepanjang perhimpunan berlangsung.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button