BERITA SEMASA

Zii Jia mohon injunksi terhadap bapa, kakak

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia, memohon injunksi interim bagi menghalang bapa dan kakaknya daripada membuat keputusan tertentu berkaitan kewangan serta pengurusan LZJ Management sementara pertikaian undang-undang masih berjalan.

Permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2 Julai lalu, lapor Berita Harian.

Zii Jia menamakan bapanya, Lee Chee Hin, dan kakaknya, Lee Zii Yii, serta adiknya, Lee Tao, dan LZJ Management sebagai responden dalam prosiding berkenaan.

Zii Jia, yang menduduki ranking ke-56 dunia, mahu Chee Hin dan Zii Yii, yang merupakan pengarah syarikat itu, dihalang daripada meluluskan fi pengarah, elaun, bonus atau manfaat kewangan lain untuk diri mereka sendiri.

Pemain badminton itu turut memohon supaya keputusan berkaitan pelantikan dan pemecatan pengarah, pelantikan setiausaha syarikat, pelupusan aset, penerbitan saham baharu serta perubahan struktur pemilikan saham dihalang.

Zii Jia mendakwa memiliki 90% kepentingan dalam LZJ Management, manakala Zii Yii memegang 9% dan Lee Tao 1%.

Beliau juga memohon perintah mahkamah supaya mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan pengurusan dan tadbir urus syarikat.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button