SUKANBERITA SEMASA

Zii Jia mara ke separuh akhir Terbuka Thailand, tewaskan pemain China

BANGKOK – Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand walau terpaksa berhempas pulas bagi memastikan kemenangannya.

Dalam aksi suku akhir itu, Zii jia berjaya menewaskan pemain China, Lu Guang Zu, menerusi kemenangan tiga set 21-13, 16-21, 21-18 dalam tempoh lebih sejam.

Bekas juara All England itu menampilkan aksi cukup baik dan tidak berdepan sebarang masalah memenangi set pertama.

Namun, Guang Zu kembali memperkukuhkan cara permainan dan berjaya memenangi set kedua 21-16 bagi mengheret Zii Jia beraksi dalam set penentuan.

Set ketiga menyaksikan Guang Zu dilihat lebih berpotensi untuk mencatat kemenangan, namun Zii Jia menunjukkan semangat juang tinggi untuk mengejar mata sebelum menang dengan skor 21-18.

Sementara itu, satu lagi pemain perseorangan negara, Jun Hao tewas dalam pertarungan tiga set kepada juara dunia edisi Copenhagen 2023 dalam tempoh 92 minit.

Pemain muda negara itu tewas dengan skor 22-20, 14-21, 21-23 dalam aksi tiga set di Stadium Nimibutr di sini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Check Also
Close
Back to top button