Zahid nafi wujud usaha jatuhkan Kerajaan Perpaduan
GEORGE TOWN – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menepis dakwaan berhubung kewujudan usaha untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, tiada sebarang gerakan politik seperti ‘Langkah Bangkok’ atau ‘Langkah Dubai’ sambil menegaskan BN kekal komited sepenuhnya untuk bersama Kerajaan Perpaduan sehingga akhir penggal Parlimen ke-15.
“Apabila kami komited untuk berada di dalam Kerajaan Perpaduan atas titah Yang di-Pertuan Agong dulu, kami komited sehingga akhir penggal Parlimen yang ke-15. Noktah. Jangan perlu timbul keraguan dan sebagainya.
“Biarkan orang bercakap asalkan dalam minda kita ada pemikiran bahawa kita harus bersama untuk stabil politik dan jiwa kita harus ikhlas dalam perkara ini. Biarlah apa saja orang bercakap,” katanya memetik laporan BUletin TV3.
Ketika ditanya mengenai tahap keakraban hubungannya bersama Perdana Menteri, Ahmad Zahid secara berseloroh berkata hubungan mereka masih baik.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















