AUTOMOTIF & TEKNOLOGIBERITA SEMASA

Yamaha lancar NVX SP 2025, tampil dengan teknologi Turbo Y-Shift

KUALA LUMPUR – Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan model skuter automatik terbaharunya, Yamaha NVX 2025 yang ditawarkan dalam dua varian iaitu ABS dan SP.

Bagi varian premium NVX SP, model itu hadir dengan teknologi canggih termasuk mod tunggangan boleh laras serta sistem pecutan tambahan “Turbo” Y-Shift.

NVX
Foto Facebook Yamaha Motor Malaysia.

Keunikan utama pada varian ini adalah sistem Turbo Y-Shift yang dikawal menggunakan suis ibu jari, selain menawarkan tiga tahap pecutan dan nyahpecutan tambahan bagi memberikan pengalaman tunggangan lebih mengujakan.

Selain itu, NVX SP juga dilengkapi paparan kokpit TFT dengan tiga mod paparan berbeza dan fungsi navigasi Google Maps yang boleh diakses melalui sambungan telefon pintar Yamaha Y-Connect.

NVX
Foto Facebook Yamaha Motor Malaysia.
NVX
Foto Facebook Yamaha Motor Malaysia.

Dari segi harga, Yamaha NVX ABS 2025 dijual pada RM11,998 manakala model premium NVX SP 2025 ditawarkan pada RM14,498.

Bagi kemudahan harian, ciri seperti sistem kunci pintar (keyless start), sistem berhenti-mula automatik, dan port pengecasan USB-C juga tersedia pada kedua-dua varian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button