JENAYAH & MAHKAMAH

Wanita mati lemas kereta terjunam dalam Sungai Muar

TANGKAK – Seorang wanita dipercayai lemas selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terjunam ke dalam Sungai Muar, Tanjung Agas, di sini petang tadi.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Jahairi Shukor, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 3.48 petang.

Beliau berkata, sepasukan 10 anggota dengan bantuan BBP Muar bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan.

“Sebaik tiba, anggota bomba mendapati terdapat seorang wanita terperangkap di dalam MPV terbabit. Operasi berjaya mengeluarkan mangsa namun disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa berseorangan datang ke pusat rekreasi berkenaan untuk berehat.

“Jasad mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button