BERITA SEMASA

[VIDEO] Tiga dekad tunggu konvokesyen: Nazarhanim raih dua anugerah pada usia 53 tahun

KUALA LUMPUR – Selepas dua kali terlepas peluang meraikan konvokesyen sepanjang perjalanan akademiknya, graduan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM), Nazarhanim Mohamad Razak, 53, akhirnya dapat merasai detik bersejarah itu buat pertama kali dalam hidupnya, hari ini.

Lebih bermakna, beliau bukan sahaja berjaya menamatkan pengajian, malah turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Naib Canselor dan Anugerah Emas Canselor sempena Konvokesyen Kali- UKKM yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, World Trade Centre (WTC), di sini.

ukkm
Nazarhanim Mohamad Razak, 53, penerima Anugerah Naib Canselor dan Anugerah Emas Canselor, Master in Business Administration (MBA).

Menurut Nazarhanim, detik berdiri di atas pentas konvokesyen selepas lebih tiga dekad meninggalkan dunia pengajian merupakan pengalaman luar biasa yang sukar digambarkan.

“Ini merupakan konvokesyen pertama saya pada usia 53 tahun. Sebelum ini saya tidak sempat merasai suasana konvokesyen kerana selepas tamat diploma di UiTM Segamat pada 1994, saya terus melanjutkan pelajaran ke New Zealand.

“Ketika menyambung pengajian Ijazah Pengajian Perniagaan (Perakaunan) di Massey University pada 1996, sekali lagi saya tidak sempat meraikan konvokesyen kerana terpaksa pulang ke Malaysia,” katanya.

@malaysiatribune

Selepas dua kali terlepas peluang meraikan konvokesyen sepanjang perjalanan akademiknya, graduan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM), Nazarhanim Mohamad Razak, 53, akhirnya dapat merasai detik bersejarah itu buat pertama kali dalam hidupnya, hari ini. #malaysiatribune #beritasemasa #UKKM #konvo

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Beliau yang juga Ketua Pegawai Operasi Koperasi Polis Diraja Malaysia berkata, sepanjang hidupnya hanya melihat orang lain meraikan kejayaan konvokesyen sebelum akhirnya berpeluang merasai sendiri pengalaman tersebut di UKKM.

“Dapat berdiri di atas pentas dan diberi peluang menyampaikan ucapan sebagai wakil graduan memang satu pengalaman luar biasa.

“Pada mulanya saya sangat gementar, tetapi aura di atas pentas itu sangat berbeza dan sukar digambarkan,” katanya.

Nazarhanim turut berkongsi cabaran sebagai wanita dan ibu yang hanya berjaya menyambung pengajian semula pada usia 52 tahun.

ukkm
Nazarhanim bersama dua orang anaknya yang turut meraikan hari bahagia ibu mereka.

Katanya, peluang untuk melanjutkan pelajaran sentiasa ada, namun kekuatan diri menjadi faktor paling penting dalam menentukan kejayaan seseorang.

“Kita tidak perlu tunggu sempurna untuk bermula. Semua orang boleh berjaya asalkan ada semangat, kekuatan dan keinginan untuk terus belajar serta meningkatkan kapasiti diri.

“Insya-Allah, kita mampu melalui segala cabaran, tetapi kita juga perlukan sistem sokongan yang baik. Saya sangat bersyukur kerana mempunyai suami dan anak-anak yang sentiasa memberi dorongan untuk saya belajar,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan itu juga menjadi motivasi kepada anak-anak selain membuktikan seorang ibu perlu menjadi contoh terbaik dalam keluarga.

“Kita sebagai wanita dan ibu perlu menjadi ‘role model’ kepada anak-anak. Kita yang perlu menggerakkan mereka supaya terus berusaha mencapai kejayaan,” katanya.

Nazarhanim merupakan salah seorang daripada 26 graduan UKKM melibatkan lima program akademik iaitu Diploma Pengurusan Koperasi, Diploma Keusahawanan Koperasi, Sarjana Pengurusan Perniagaan, Sarjana Pengurusan Perniagaan (Pengurusan Koperasi) dan (Kepimpinan Korporat).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button