BERITA SEMASAPMX

[VIDEO] Malaysia tiada sebab mahu bermusuh dengan negara lain termasuk China

PUTRAJAYA – Malaysia tidak mempunyai sebarang sebab untuk bermusuh dengan mana-mana negara termasuk China.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menegaskan perkara itu berkata, Malaysia akan terus mengamalkan pendekatan sama iaitu menggalakkan pelaburan tidak kira dari negara Timur dan Barat.

@malaysiatribune

Ada beberapa negara Barat yang sangsi dengan negara kita kerana ‘berkawan’ dengan negara China. PM Anwar berkata, Malaysia amal diplomasi yang mengutamakan persahabatan dengan semua negara. #malaysiatribune

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“Jawapan saya mudah, kita negara kecil, kita mahu berkembang dan jaga kemaslahatan negara. Pelaburan secara menyeluruh, kumulatif dari Amerika Syarikat (AS) masih nombor 1 dan kita tiada masalah. Pelabur dari AS datang kita sambut baik.

“Tetapi China negara jiran, kita tiada sebab untuk timbulkan permusuhan. Ada beberapa perbezaan pendapat kita bincang, tetapi dalam beberapa hal soal pelaburan dan kerjasama, hubungan sangat baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Mac tahun 2024, di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, banyak negara Barat berasa sangsi apabila melihat Kuala Lumpur berdamping dengan Beijing.

“Bila ditanya soalan mengenai Chinafobia atau Sinofobia, saya jawab tiada sebab untuk kita anti siapa-siapa,” kata Anwar lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button