[VIDEO] Bazar Ramadan Street Mall Cyberjaya destinasi wajib singgah, tawar aneka pilihan berbuka
CYBERJAYA – Bazar Ramadan di Street Mall Cyberjaya terus menjadi antara lokasi pilihan pengunjung sekitar untuk mendapatkan juadah berbuka puasa sepanjang Ramadan tahun ini.
@malaysiatribuneKalau korang ada sekitar Cyberjaya, jangan lepaskan peluang singgah ke Street Mall Cyberjaya! Bukan sekadar deretan kedai makan best untuk berbuka, tapi ada juga Bazar Ramadan dengan pelbagai pilihan — kuih muih, nasi ayam, tepung pelita, air balang dan macam-macam lagi! Bestnya, beli dekat bazar terus boleh makan di tempat yang disediakan. Surau ada, tandas pun ada — fasiliti memang lengkap Memang port berbuka paling happening tahun ni! Jom serbu Bazar Ramadan Street Mall Cyberjaya #BazarRamadan #Cyberjaya #StreetMallCyberjaya #PortBerbuka #Ramadan2026
Bukan sahaja terkenal sebagai pusat komersial yang menempatkan pelbagai premis makanan dan perniagaan, Street Mall Cyberjaya turut menawarkan suasana bazar yang meriah dengan pilihan makanan tradisional dan moden.

Tinjauan mendapati pengunjung tidak putus-putus hadir seawal jam 4 petang bagi mendapatkan pelbagai juadah seperti briyani Johor, yong tau foo Taiping, murtabak Jelutong, aneka lauk-pauk serta minuman segar.
Seorang pengunjung, Nur Aisyah Rahman berkata, lokasi tersebut menjadi pilihannya kerana kemudahan yang lengkap serta suasana yang selesa.
“Di sini bukan sekadar beli makanan di bazar, tetapi kami boleh terus berbuka di kawasan yang disediakan.
“Surau dan tandas juga mudah diakses, jadi sangat memudahkan,” katanya kepada Malaysia Tribune.

Selain gerai bazar, pengunjung turut mempunyai pilihan untuk menikmati hidangan di restoran-restoran sedia ada di pusat komersial berkenaan.
Kemudahan tempat duduk yang mencukupi serta suasana yang lebih teratur menjadikan bazar di lokasi itu sesuai untuk keluarga dan golongan pekerja sekitar Cyberjaya yang ingin berbuka puasa tanpa perlu berdepan kesesakan luar biasa.
Dengan gabungan pilihan makanan yang pelbagai serta fasiliti lengkap, Bazar Ramadan Street Mall Cyberjaya dilihat berpotensi kekal sebagai antara lokasi ‘wajib singgah’ sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








