BERITA SEMASADALAM NEGERI

Peniaga biar makanan cucuk-cucuk di tapak bazar

KUALA LUMPUR – Tindakan peniaga yang membiarkan bahan mentah hidangan ‘cucuk-cucuk’ di tapak jualan dengan hanya bertutup kanvas dipercayai di Bazar Ramadan Bandar Tasik Permaisuri di sini, mengundang kecaman netizen.

Video berdurasi 31 saat yang dimuat naik seorang pengguna media sosial di TikTok menunjukkan makanan bercucuk seperti bebola ikan diletakkan di dalam raga dengan hanya ditutupi kanvas.

Video yang dimuat naik seorang pengguna di laman TikTok menunjukkan makanan tersebut ditinggalkan dan hanya ditutup dengan kanvas sekali gus mengundang kecaman netizen.

“Kesian pada yang beli,” tulis kapsyen pada video yang turut menunjukkan rekod rakaman pada puku 8.11 pagi, 25 Mac 2025 (24 Ramadan).

Setakat artikel ini ditulis, video yang dimuat naik oleh @Itik289674 itu telah menerima lebih 1.6 juta tontonan dengan 3,499 komen dan lebih 44,000 perkongsian.

“Tutup pun dengan kanvas saja. Lupa kot cara kendali makanan masa kursus. Ke tak pergi kursus,” komen Muhammad Adam.

“Bersangka baik. Dia nak tapau untuk geng plastik hitam tengah hari tu,” tulis Hisyam Ismail pula.

Sementara itu, seorang pengguna lain turut meninggalkan komen menasihatkan orang ramai agar lebih bijak berbelanja sepanjang bulan Ramadan

“Beli dan masak sendiri dekat rumah. Kadang ada yang sakit perut beli makanan di bazar. Kesian la yang membeli tu,” ujar Ros Ismail.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button