BERITA SEMASA

Usaha perkukuh rantaian bekalan makanan negara diperkasa melalui Projek Jagung MARDI

SEBERANG PERAI – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) terus memperkukuh usaha meningkatkan pengeluaran jagung tempatan bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap import bahan makanan tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, berkata, langkah itu penting bagi memastikan kestabilan rantaian bekalan makanan negara khususnya dalam sektor ternakan.

Menurut beliau, lawatan ke plot jagung di MARDI Seberang Perai baru-baru ini memberi peluang melihat sendiri perkembangan penyelidikan serta pengeluaran benih jagung tempatan.

“Fokus diberikan kepada pengeluaran benih berkualiti serta pembangunan jagung bijian khusus untuk makanan haiwan.

“Ini merupakan langkah strategik dalam memperkukuh rantaian bekalan makanan negara, khususnya bagi sektor ternakan yang sangat bergantung kepada jagung bijian,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Tambah beliau, negara ketika ini masih bergantung kepada import jagung dari luar yang terdedah kepada risiko ketidaktentuan harga global serta gangguan bekalan.

Sehubungan itu, usaha oleh MARDI dilihat penting untuk meningkatkan pengeluaran domestik, sekali gus membantu petani tempatan menjana pendapatan dan memperkukuh keterjaminan makanan negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button