
Undang Luak Rembau meninggal dunia
SEREMBAN – Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman, 82, dilaporkan meninggal dunia di kediaman rasminya di Rembau, pada kira-kira pukul 9.02 pagi tadi.
Perkara itu disahkan Jurucakap Balai Rasmi Undang Luak Rembau menerusi satu kenyataan.
“Dukacita dimaklumkan Yang Teramat Mulia Datuk Lela Maharaja Datuk Haji Muhamad Sharip Haji Othman, Undang Luak Rembau telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi (9.02 pagi).
“Jenazah sekarang berada di Kediaman Rasmi Undang Luak Rembau, Rembau,” kata kenyataan itu.
Kenyataan tersebut turut memaklumkan, jenazah akan dimandikan pada pukul 12.30 tengah hari dan seterusnya disembahyangkan di surau kediaman sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Mungkal Sepri selepas solat Asar.
Ziarah bagi VVIP (orang kenamaan) dibenarkan selepas Zohor.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








