Tun Mahathir dibawa minum di kafe, masih jalani rawatan di IJN
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dibawa keluar seketika dari Institut Jantung Negara (IJN) untuk menikmati minuman di sebuah kafe di pusat beli-belah Pavilion, Bukit Damansara sebagai sebahagian daripada proses pemulihan kesihatannya.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Tun Dr Mahathir, beliau dibawa oleh pegawai perubatan IJN dan menghabiskan masa kira-kira 40 minit di kafe tersebut bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Turut serta Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Ezani Md Taib serta pegawai-pegawai perubatan institut berkenaan.
“Dr Mahathir yang memilih untuk nenikmati segelas ‘ice chocolate’ bagi ‘outing’ pertamanya sejak dimasukkan ke IJN pada 6 Januari bagi rawatan dan pemulihan selepas terjatuh di kediamannya di The Mines yang mengakibatkan tulang pinggul kanan beliau patah,” kata pembantunya, Sufi Yusoff.
Tambah Sufi, Dr Mahathir masih belum dibenarkan pulang ke rumah dan akan terus menerima rawatan di IJN.
“Tun masih belum dibenarkan pulang ke rumah dan akan terus menerima rawatan di IJN.
“Lawatan juga masih terhad kepada keluarga terdekat sahaja,” katanya.
Dr Mahathir kini berada dalam pemantauan rapi pasukan perubatan IJN bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik dan selamat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








