Tujuh daerah di Kedah masih catat suhu maksimum 37 darjah Celsius
KUALA LUMPUR – Sebanyak 16 kawasan di Semenanjung Malaysia masih berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) apabila mencatatkan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), kawasan yang terlibat merangkumi tujuh daerah di Kedah iaitu Padang Terap, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Turut terlibat adalah kawasan Timur Laut dan Utara di Pulau Pinang, Hulu Perak, Selama, Kinta, Kuala Kangsar dan Perak Tengah (Perak), Jerantut (Pahang) serta Segamat (Johor).
“Terdapat lima kawasan lain di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 2 (gelombang haba) iaitu di Perlis serta Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Sik di Kedah dengan suhu mencecah sehingga 37 hingga 40 darjah Celsius,” kata MET Malaysia dalam kenyataan di media sosial.
Bagaimanapun agensi berkenaan memaklumkan, tiada kawasan direkodkan berada pada Tahap 3 (gelombang haba ekstrem) setakat ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








