BERITA SEMASADALAM NEGERI

TudungSiComel ringankan beban mangsa tragedi Putra Heights, sumbang tudung sekolah bernilai RM5,000

SUBANG JAYA – Prihatin terhadap nasib mangsa tragedi letupan paip gas di Putra Heights baru-baru ini, jenama TudungSiComel tampil menghulurkan bantuan 100 set tudung sekolah lengkap bersama skaf dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5,000.

Sumbangan itu diserahkan oleh syarikat pengeluar, SBZ Prima Sdn Bhd, dalam satu majlis ringkas tetapi penuh makna di Pusat Komuniti Putra Heights, dengan kehadiran wakil badan kebajikan tempatan serta sukarelawan masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kapten (B) Syahruddin Zainul berkata, bantuan tersebut merupakan tanda solidariti dan komitmen jenama itu terhadap komuniti, khususnya dalam situasi sukar.

Kapten (B) Syahruddin Zainul

“Sebagai jenama yang dekat dengan para pelajar dan ibu bapa, kami terpanggil untuk membantu mereka yang memerlukan. Kami berharap sumbangan kecil ini dapat meringankan sedikit beban keluarga yang terkesan,” katanya.

Agihan bantuan diselaraskan bersama komuniti setempat bagi memastikan ia sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Tambah Syahruddin, tudung yang disumbangkan merupakan koleksi khas keluaran TudungSiComel yang direka selesa, kemas dan sesuai dengan iklim tropika Malaysia.

Diperbuat daripada material ringan dan sejuk, rekaan itu direka khas bagi memastikan pelajar kekal selesa sepanjang hari persekolahan.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami yang konsisten menyokong pendidikan dan kebajikan masyarakat,” ujarnya lagi.

Sebagai tambahan kepada jaminan kualiti, TudungSiComel turut menawarkan Jaminan 180 Hari kepada pelanggan bagi pertukaran atau pemulangan produk sekiranya terdapat sebarang isu – suatu komitmen terhadap kepuasan pelanggan yang menjadi keutamaan jenama ini.

Menjadikan tragedi berkenaan sebagai peringatan penting tentang nilai kebersamaan, SBZ Prima Sdn Bhd turut merancang memperluas bantuan ke rumah-rumah anak yatim serta memperkenalkan saluran khas ‘Sumbangan Bersama’ yang menggalakkan penglibatan masyarakat dalam kerja-kerja kebajikan.

Tidak terhenti di situ, syarikat itu juga kini giat memperkukuh jaringan ejen dan merancang peluasan pasaran ke Sabah, Sarawak serta kawasan luar bandar.

“Tahun ini juga bakal menyaksikan pelancaran servis khas jahitan tudung untuk tadika dan sekolah swasta, bagi memenuhi permintaan institusi pendidikan beruniform yang semakin meningkat.

“TudungSiComel mengajak rakyat Malaysia menyokong produk tempatan dan menyertai gelombang perubahan yang memperkasa pendidikan, membina keyakinan serta menyemai kasih dalam komuniti,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button