Toto Malaysia galak gaya hidup lestari, sumbang 12 unit Eco Washer kepada Hospital Pakar SALAM Senawang
SENAWANG – Usaha memperkukuh kelestarian dan kebersihan di fasiliti kesihatan terus diperhebat apabila Toto Malaysia Sdn. Bhd. (TMS) menyumbang sebanyak 12 unit Eco Washer Hospital Pakar SALAM Senawang melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu.
Majlis penyerahan sumbangan bernilai RM9,700 berkenaan diadakan di hospital tersebut dan disempurnakan oleh Pengarah Urusan TMS, Katsuyuki Shibako.

Beliau menyerahkan unit Eco Washer itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar SALAM Senawang, Dr Mohd Zaqrul Razmal Mohd Podzi.
Menurut Dr Mohd Zaqrul, pihaknya amat berbesar hati menjadi hospital pakar pertama menerima sumbangan produk inovatif berasaskan teknologi hijau itu.
“Produk ini membantu kami memperkukuh usaha mewujudkan persekitaran hospital yang lebih bersih, selamat dan mampan.
“Kami berterima kasih kepada TMS atas sokongan terhadap inisiatif penjagaan kesihatan yang lestari,” katanya.
Eco Washer merupakan teknologi tandas mesra alam yang direka untuk mengurangkan penggunaan bahan kimia, air dan tenaga selain meningkatkan tahap kebersihan serta keselamatan di premis kesihatan.

Sementara itu, Ketua CSR TMS, Norhayati Ab Hamid berkata, sumbangan berkenaan mencerminkan komitmen syarikat terhadap penjagaan alam sekitar dan kesejahteraan komuniti.
“Kami percaya teknologi mesra alam seperti Eco Washer mampu memberi manfaat bermakna kepada masyarakat serta menyumbang kepada kesejahteraan alam sekitar,” ujarnya.
Program itu juga menandakan jalinan kerjasama strategik antara sektor korporat dan industri penjagaan kesihatan dalam memperkukuh usaha bersama ke arah komuniti yang lebih sihat, bersih dan lestari.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








