HIBURAN

Tiz Zaqyah dimasukkan ke wad kecemasan, kena serangan gastrik

KUALA LUMPUR – Pelakon Tiz Zaqyah, 37, terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan akibat serangan gastrik dan keracunan makanan.

Tiz atau nama sebenar, Siti Zaqyah Abdul Razak membuat perkongsian itu menerusi hantaran foto dirinya sedang berbaring dan menerima rawatan.

“Pertama kali tumbang gigil naik kerusi roda masuk (wad) kecemasan, masuk drip (air). Alhamdulillah rasa lebih baik tapi gastrik dan keracunan makanan bukan satu perkara yang kelakar.

“Saya rasa macam tak ada harapan dah tadi (semalam), punya sakit sampai kejung tangan dan kaki. Traumanya. Minum tadi sebab haus, semua muntah balik dan cirit birit juga,” katanya.

Pelakon drama rantaian Nur Kasih itu kini sudah beransur pulih, namun, pengalaman itu mengajarnya bahawa masalah gastrik dan keracunan makanan tidak boleh dipandang ringan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button