BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Tiga lelaki mengaku tidak bersalah miliki bahan pornografi kanak-kanak

PUTRAJAYA – Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun dituduh di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Putrajaya hari ini, atas tiga pertuduhan memiliki Bahan Penderaan Seksual Kanak-Kanak (CSAM).

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh yang merupakan pembantu restoran didakwa berkomunikasi secara seksual dengan seorang kanak-kanak berusia 13 tahun.

Perbuatan tertuduh itu dilakukan menerusi aplikasi Whatsapp di Blok G -1-02 Apartment D’rimba Jalan Kenyalang 11/14 Kota Damansara, pada 5 Disember 2022.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didapati turut meminta kanak-kanak sama menghantar gambar lucah bagi tujuan seksual di lokasi dan tarikh sama.

Kesalahan tersebut memperuntukan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun, manakala pertuduhan kedua pula memperuntukan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau sebat.

Selain itu, bagi pertuduhan ketiga pula, tertuduh didakwa atas kesalahan memiliki bahan pornografi kanak-kanak yang memperuntukan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-keduanya sekali.

Hakim M. Kunasundary kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin, namun tertuduh gagal membayar ikat jamin dan diarahkan untuk ditempatkan di Penjara Sungai Buloh.

Di mahkamah yang sama, dua orang lelaki masing-masing berusia 39 dan 41 tahun turut dituduh atas kesalahan memiliki bahan pornografi kanak-kanak yang memperuntukan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-keduanya sekali.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pertama dan kedua didakwa melakukan kesalahan terbabit di 28 Jalan 17/33 Seksyen 17 dan No 25-2 Jalan PJU 10/18A Sutera Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada 23 Disember tahun lalu.

Hakim kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM8,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan tertuduh telah membayar ikat jamin tersebut.

Sebutan semula kes pada 13 Februari depan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button