Tiada unsur jenayah dalam kematian lelaki di Taman Bukit Kuchai – Polis
PUCHONG – Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kes kematian seorang lelaki yang ditemukan di Taman Bukit Kuchai, semalam.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, identiti lelaki tersebut telah dikenal pasti dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).
“Berdasarkan siasatan awal, tiada unsur jenayah dikenal pasti. Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menurutnya, pihak polis turut mengesan beberapa video tular di media sosial yang memaparkan keadaan lelaki berkenaan dalam keadaan dipercayai tidak waras, yang dirakam di sekitar Jalan 23, Taman Bukit Kuchai.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung insiden itu diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya.
Sebelum ini, Muhamad Farid dilaporkan berkata ujian saringan awal mendapati lelaki tersebut positif dadah jenis tetrahydrocannabinol, amphetamine dan methamphetamine.
Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Idris Shah di Serdang untuk dibedah siasat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
