BERITA SEMASA

Tiada kenaikan harga melampau hingga hujung tahun – Salahuddin

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan tiada kenaikan harga barang secara melampau hingga hujung tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, jaminan itu adalah berdasarkan hasil libat urus melibatkan 30 pemain industri pada minggu lepas.

Kata Salahuddin, jika berlaku sebarang kenaikan, pihak industri akan kembali berunding dengan kerajaan untuk melihat rasional kenaikan.

“Setakat ini, tidak berlaku sebarang kenaikan melibatkan barangan asas bersubsidi. Bagi barangan yang tidak ada subsidi, kita kawal harganya setiap hari,” kata Salahuddin pada sidang akhbar selepas meninjau harga barangan di Econsave Setapak Sentral, di sini hari ini.

Beliau seterusnya berkata, tidak ada negara di dunia ini yang mengawal semua harga barangan, namun kerajaan hanya mengawal harga beberapa barangan asas keperluan rakyat

“Jadi, jika berlaku fenomena bencana alam, banjir besar dan sebagainya, kita akan pastikan pada masa itu tindakan apa yang perlu dilakukan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button