BERITA SEMASA

Ops Tiris 4.0 tumpas 556 cubaan seleweng diesel, petrol

MARANG – Sebanyak 66 peratus daripada kes penyelewengan yang berjaya dipatahkan menerusi Ops Tiris 4.0 dengan nilai rampasan keseluruhan melebihi RM23.17 juta sejak operasi itu dilaksanakan pada 16 Mac lalu membabitkan barangan kawalan diesel dan petrol .

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, daripada 556 kes yang direkodkan, sebanyak 249 kes melibatkan penyelewengan diesel manakala 119 kes lagi membabitkan petrol.

Menurut beliau, kebanyakan kegiatan tersebut dikesan di negeri-negeri bersempadan dengan negara jiran termasuk Sarawak, Sabah, Kelantan, Johor dan Kedah.

“Penyelewengan diesel paling banyak dikesan di Sarawak, Sabah dan Johor, manakala kegiatan menyeleweng petrol pula banyak berlaku di Kelantan serta Sabah,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan sambutan Hari Penguat Kuasa KPDN ke-54 peringkat Terengganu di sini hari ini.

Azman turut memaklumkan, aktiviti penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) juga berjaya dipatahkan terutama di Sabah dan Kedah sepanjang pelaksanaan operasi berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button