BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Syarikat Malaysia disaran rebut peluang perniagaan dengan Kazakhstan, Uzbekistan

KUALA LUMPUR – Syarikat dan pemain industri di negara ini disaran merebut peluang perniagaan dengan Kazakhstan dan Uzbekistan, hasil keyakinan yang semakin meningkat terhadap Malaysia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, potensi eksport di kedua-dua negara itu dijangka mencecah nilai RM2.4 bilion.

Beliau menyatakan MITI akan memastikan komitmen eksport itu direalisasikan secepat mungkin untuk menyokong pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

“Melalui kehadiran Matrade di Almaty dan Tashkent, kami akan mengembangkan peluang perniagaan untuk syarikat Malaysia dan MITI akan memastikan ini akan diterjemahkan kepada peluang komersial untuk PKS Malaysia, dan pekerjaan untuk rakyat Malaysia,” katanya di Facebook rasmi beliau.

Belliau memaklumkan, Malaysia dan Uzbekistan juga bersetuju untuk mengaktifkan semula Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan Bersama (JTC) yang berfungsi sebagai platform mengukuhkan kerjasama sektor swasta dan seterusnya menggalakkan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengumumkan kerajaan berjaya meningkatkan hubungan ekonomi dan politik dengan Kazakhstan, Uzbekistan dan Kyrgyzstan semasa kunjungan beliau ke tiga negara Asia Tengah itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button