[VIDEO] Syarikat akui kesilapan guna klip video milik pihak ketiga
KUALA LUMPUR – Sebuah agensi kandungan digital, Magic Media Digital tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi penggunaan klip video milik pihak ketiga tanpa kebenaran yang tular di media sosial.
Dalam satu kenyataan rasmi, syarikat itu mengakui kesilapan berkenaan berpunca daripada kelemahan proses semakan dalaman serta kegagalan komunikasi dalam pasukan operasi mereka.
[VIDEO] Syarikat akui kesilapan guna klip video milik pihak ketiga
Menurut kenyataan itu, klip video berdurasi lapan saat berkenaan pada asalnya hanya digunakan sebagai bahan rujukan visual di peringkat saringan awal, namun telah diterbitkan secara tidak sepatutnya.
“Pihak kami mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas insiden ini dan mengakui kecuaian tersebut,” menurut kenyataan itu.
Mengulas lanjut, Magic Media Digital menjelaskan mereka merupakan agensi luar yang dilantik secara bebas bagi menghasilkan kandungan video untuk beberapa program melibatkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), termasuk program di Pulau Redang, dan bukan pasukan media rasmi kementerian berkenaan.
Dalam masa sama, syarikat itu turut menafikan dakwaan bahawa pihak terlibat dalam video tidak menyertai aktiviti yang dipaparkan, sebaliknya menegaskan individu berkenaan terlibat secara langsung termasuk dalam sesi menyelam.
Menurut mereka, kandungan video tersebut dihasilkan sebagai kempen kesedaran mengenai ekosistem marin serta kepentingan menjaga kebersihan laut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
