BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Suspek pukul Haresh Deol dakwa isteri diganggu, polis tidak tolak kemungkinan kes salah orang

KUALA LUMPUR – Polis tidak menolak kemungkinan kes serangan terhadap wartawan sukan, Haresh Deol di Bangsar semalam mempunyai kaitan dengan isu peribadi membabitkan dakwaan gangguan terhadap isteri suspek, selain kemungkinan mangsa diserang akibat salah orang.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadil Marsus berkata, seorang lelaki berusia 37 tahun yang tidak bekerja dan mempunyai rekod jenayah lampau ditahan reman bagi membantu siasatan.

“Suspek mendakwa berlaku gangguan terhadap isterinya namun siasatan awal mendapati ia lebih berkait dengan urusan peribadi.

“Dalam masa sama, siasatan juga menjurus kepada kemungkinan kes ini adalah salah sasaran.

“Sehingga kini hanya seorang suspek ditahan dan siasatan masih berada pada peringkat awal,” katanya pada sidang akhbar di Sentul, hari ini.

Beliau berkata, kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) selepas siasatan selesai.

Semalam, Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Hoo Chang Hook mengesahkan menerima laporan daripada Haresh sekitar jam 4 petang di Pondok Polis Bangsar.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Jalan Maarof berhampiran sebuah pusat beli-belah ketika mangsa berjalan menuju ke Jalan Telawi.

Haresh sebelum ini mendakwa menerusi hantaran di platform X bahawa beliau diserang dua lelaki, manakala seorang lagi merakam kejadian menggunakan telefon bimbit.

Polis memaklumkan siasatan sedang giat dijalankan bagi mengenal pasti motif serangan serta mengesan semua individu terlibat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button