Suspek bunuh isteri direman 6 hari
TANAH MERAH – Lelaki warga emas yang dipercayai membunuh isterinya dalam kejadian di Kampung Paku, Gual Ipoh, pagi semalam direman enam hari.
Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini mengeluarkan perintah tahanan reman suspek berusia 63 tahun itu bermula hari ini sehingga 7 Disember, memetik laporan BH Online.
Penahanan reman itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, suspek tiba di Mahkamah Majistret Tanah Merah pada pukul 9.25 pagi dengan berbaju lokap berwarna ungu.
Dalam insiden pada pagi semalam, mangsa, Mastura Abdullah, 40, maut selepas dipercayai ditikam suaminya dengan senjata tajam di kediaman mereka.
Suspek dikatakan membunuh isterinya pada pukul 10 pagi dan keluar mengambil anak di sekolah pada pukul 12 tengah hari sebelum bertindak menyerah diri di balai polis.
Terdahulu, media melaporkan suspek dikatakan cemburu dan mengesyaki isterinya yang bekerja sebagai tukang masak di Selangor mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








