JENAYAH & MAHKAMAH

Seorang lelaki serah diri selepas bunuh isteri

BATU GAJAH – Seorang lelaki bertindak kejam dengan membunuh isterinya menggunakan sebilah pisau dalam kejadian di sebuah hotel di sini hari ini.

Lelaki berusia 37 tahun itu kemudiannya menyerah diri kepada polis di Balai Polis Batu Gajah pada pukul 2 petang.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu mengalami masalah rumah tangga dan kini dalam proses penceraian.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Kosmo Online! mengesahkan penahanan suspek dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button