BERITA SEMASA

Suami tular herdik isteri depan restoran makanan segera mohon maaf, janji ubah sikap

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang tular mengherdik isteri dan anaknya di hadapan sebuah restoran makanan segera memohon maaf kepada semua pihak.

Menerusi satu hantaran dalam laman Thread dengan menggunakan akaun hakeemlatif94, lelaki itu turut berjanji untuk mengubah sikap menjadi lebih baik.

“Sekali lagi saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua yang terlibat dalam hidup saya insyaallah saya akan ubah sikap saya yang tak baik.

“Saya doakan semoga semua yang terlibat dalam hidup saya insya-Allah diberi kebahagiaan dunia dan akhirat. Insan yang penuh dengan kekurangan,” tulisnya.

Terdahulu, satu hantaran di Threads yang meraih jutaan tontonan mendakwa seorang lelaki menengking isterinya yang sedang bekerja sambil mendukung anak kecil di hadapan sebuah restoran makanan segera di Senai, Johor sehingga mengundang kecaman netizen.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan kemudiannya tampil membuat permohonan maaf terbuka di Facebook dan terbuka untuk berjumpa mana-mana individu yang mahu mendapatkan penjelasan berhubung isu tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button